Friday, March 16, 2012


SANGAT ROMANTIK.....^_^

Sabda Rasulullah SAW;
”Cukurlah misai dan peliharalah janggut.”
(HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik terhadap hikmah bg apa yang telah disunnahkan oleh RASULULLAH saw sejak lebih seribu tahun dahulu...

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Ini sekaligus menjadi bukti setiap perkara yang ALLAH SUBHANAHU WA TAA'LA ciptakan itu punya HIKMAH yang tersendiri...

p/s : bertepatan dengan Firman Allah mafhumnya :

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)




No comments:

Post a Comment