Saturday, March 24, 2012

~SEKADAR DIKONGSI ~


Sebelum mata ini terlena
Sebelum jasad ini rebah
Sebelum jiwa ini melayang,
Hatiku bimbang, bimbang, dan terus bimbang,
Kebimbangan ini, membuatkan diriku takut.
Takut untuk memejamkan mata.

Andaikata hari ini adalah hari terakhirku,
Hatiku bimbang bila mengenangkan dosaku padaMU,
Hati yang masih kotor, jiwa yang tersangat lemah,
Hatiku bimbang, memikirkan dosaku dengan makhlukMU yang lain..
Sedangkan aku, masih belum memohon ampun dari mereka…

Kebimbangan ini…
Membuatkan diriku tertanya,
Adakah masih ada peluang untukku bernafas esok hari?
Andaikata Engkau memberi peluang untukku hidup
Diriku masih bimbang…
Kerana ku bimbang,
Adakah peluang itu akan ku manfaatkan sebaik mungkin?
Adakah peluang itu akan memberi ruang untukku bertahajud padaMu
Adakah peluang itu akan memilihku menjadi tetamu di RumahMU.

Namun, apapun, KU MOHON..
Andaikata peluang itu masih terbuka,
Maka terimalah taubatku…
Lembutkanlah hati2 makhlukMu untuk memaafkan diriku
Bagilah kesempatan untukku bertahajud padaMU
Pilihlah aku menjadi tetamuMU di kala subuh hari.
Berilah padaku kekuatan untuk bermujahadah.
HANYA PADAMU KU KEMBALI.
KU BERSERAH SEGALANYA…..


Friday, March 23, 2012

♥..HIDUP INI MENCARI...MATI YANG SEMPURNA..♥


Sesungguhnya KEMATIAN akan terus MENGEKORI kita, dan dunia AKAN ditinggalkan akhirnya. WANG, PANGKAT, RUPA dan HARTA akan ditinggalkan BEGIITU sahaja, TIADA yang akan menemani melainkan AMAL SOLEH ketika di DUNIA. Maka jadilah anak-anak akhirat dan janganlah menjadi HAMBA dunia yang HINA. Sesungguhnya ketika ini adalah hari BERAMAL dan tidak ada HISAB, NAMUN esok adalah hari HISAB dan TIDAK ada lagi beramal...

p/s : Soal mati lambat atau cepat bukan PERSOALANNYA... Tetapi apakah kita akan MATI dalam IMAN atau sebaliknya, itu lebih UTAMA.

MOVIE ... MOVIE ... MOVIE ...


Filem wajib tonton... menyedarkan dan menyerlahkan lagi kekejaman Israel kepada siapa sahaja mahupun bukan palestin... Valley of the Wolves: Palestine

p/s :: Filem Turki 2011 ini merupakan menifestasi kepada ledakan kemarahan orang Turki dan seluruh kaum muslimin / bukan muslim terhadap regim Yahudi dan sekutunya terutamanya selepas serangan Yahudi terhadap Kapal Mavi Marmara dan Rachel Corri yg menyebabkan ramai aktivis Turki terkorban dan syahid.Tahniah kepada pengarah Filem ini.


Thursday, March 22, 2012

IBU YANG TERCINTA =.=


I will try to be the best for u..IBU..
Apa yang ku mampu saat ini duhai ibuku hanya berdoa agar ALLAH mmberkati seluruh hidupmu dan akan ku terus berusaha untk mnjadi ANAK yang terbaik buat dirimu..

*•¸.•´` Tutur katamu dalah harapan dan doa, nasihatmu amat bermakna buat jiwa..Keredhaanmu adalah keredhaan Rabbuna, kemurkaanmu adalah kemurkaan yang membawa bencana...•¸.•´`*

p/s : UTAMAKAN perasaan mereka dari KEPENTINGAN diri kita...^_^


Friday, March 16, 2012


MARAHLAH sepuas hati kamu...HINALAH selagi kau mampu...tapi aku sentiasa bersedia untuk MEMAAFKAN kamu....:')

p/s : ingin REMOVE den dari FRIEND LIST...? Silakan...den hanya mengatakan perkara yang HAK...TIDAK berniat untuk DITUJU pada sesiapa... :))

SANGAT ROMANTIK.....^_^

Sabda Rasulullah SAW;
”Cukurlah misai dan peliharalah janggut.”
(HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik terhadap hikmah bg apa yang telah disunnahkan oleh RASULULLAH saw sejak lebih seribu tahun dahulu...

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Ini sekaligus menjadi bukti setiap perkara yang ALLAH SUBHANAHU WA TAA'LA ciptakan itu punya HIKMAH yang tersendiri...

p/s : bertepatan dengan Firman Allah mafhumnya :

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)





INGIN BERKONGSI SESUATU..^_^

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedang Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

p/s : INDAHNYA nikmat SABAR...moga kome menjadi seorg yang sentiasa SABAR dalam menghadapi KERENAH MANUSIA yang berbagai2.. =.=

Wednesday, March 14, 2012







jika engkau bumi,
akulah matahari.
aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
lalu...
relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...



Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.



.