INGIN BERKONGSI SESUATU..^_^
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika
seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedang Nabi s.a.w sedang duduk di
hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w
terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu
mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya.
Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu
meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata:
Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk
dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar
mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci
maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat
itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu
duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
p/s : INDAHNYA nikmat SABAR...moga kome menjadi seorg yang
sentiasa SABAR dalam menghadapi KERENAH MANUSIA yang berbagai2.. =.=
No comments:
Post a Comment