Wednesday, July 18, 2012

Jom tambah ilmu : SUJUD SYUKUR ITU SUNNAH..




Sujud Syukur dilakukan ketika menerima sesuatu yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa beliau melihat:


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره
وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى

"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" - (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu :

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam.


Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :


يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى

"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

Sekian, wassalam
--------------
Rujukan :

1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3, tahun 2000. ms 266.

p/s : Semoga BERMANFAAT..  ^_^

1 comment:

  1. Alhamdulillah, satu perkongsian ilmu yang amat berguna ni.. Lepas ni boleh la kita sama-sama amalkannya kan!.. hee~ (^_^)

    ReplyDelete